Hampir terjatuh dalam lubang ketika insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India ternyata telah menjadi asbab untuk seorang lelaki India memeluk agama Islam, semalam.
Perkara itu dikongsikan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin di mana beliau terlibat membantu lelaki berkenaan iaitu Kalidass bagi urusan berkenaan di pejabat Islamic Outreach ABIM Centre, Masjid Negara.
Difahamkan, Kalidass memilih nama Islam, Haridath dan hadir sendiri ke bertemu ABIM dan menyatakan hasratnya itu, memetik Harian Metro.
ABIM mengesahkan bahawa Haridath memeluk Islam Isnin lalu. Beliau datang bertemu kami sendiri dan menyatakan hasratnya itu.
Dia maklumkan sudah lama berniat peluk Islam. Dia juga datang dalam keadaan bersedia, malah hadir bersama dua saksi yang juga kenalannya.
Jelas Fahmi lagi, antara asbab membuatkan Haridath untuk tampil memeluk agama Islam adalah peristiwa tanah jerlus di Jalan Masjid India tempoh hari.
Cuma peristiwa hampir terjatuh dalam lubang akibat tanah mendap di Masjid India itu menjadi ‘wake up call’ untuk beliau tidak bertangguh lagi.
Dia bercerita, hampir menjadi mangsa dalam insiden itu. Malah, Kalidass memberitahu dia mengenali wanita India yangjatuh dalam lubang itu kerana sering datan melancong ke Malaysia.
Malah, katanya, ketika kejadian itu, suami wanita warga India itu berjalan tidak jauh di belakangnya, cuma tidak terlihat di CCTV. Jadi, asbab kejadian itu, dia mungkin mendapat hidayah Allah SWT untuk memeluk Islam.
Sementara itu, Fahmi berkata setiap orang mempunyai hak dan tiada sesiapa pun boleh memaksa atau dipaksa dalam hal tersebut.
“Dalam pada masa yang sama, kami mendoakan operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan dan turut menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa” akhirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.