Hampir Setahun Tertunda, Nabil Ahmad Syukur Outlet BubbleBee Miliknya Telah Dibuka

Hiburan

Hampir Setahun Tertunda, Nabil Ahmad Syukur Outlet BubbleBee Miliknya Telah Dibuka

Pengacara dan juga pelawak, Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur dan lega apabila cawangan kedai minuman pertamanya telah berjaya dilancarkan.

Nabil AhmadSumber : Instagram Nabil Ahmad  

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad,38, menjelaskan bahawa perancangan untuk membuka kedai minuman tersebut sebelum ini telah tergendala sejak setahun yang lalu gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Dia yang turut dibantu Shuib Sepahtu selaku pemilik bersama BubbleBee memberitahu bahawa mereka merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan selepas ini bergantung kepada situasi semasa.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Patutnya tahun lepas lagi kita dah rancang untuk buka tetapi terpaksa tangguh beberapa kali disebabkan PKP. Alhamdullilah syukur akhirnya impian untuk membuka outlet ini terlaksana juga. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong.”

Difahamkan juga outlet kedai minuman berasaskan madu itu telah memulakan operasinya secara rasmi bertempat di Seremban 2.

Pengacara program MeleTOP itu dalam pada masa yang sama bersyukur meskipun sedang melalui fasa pandemik, pengurusan BubbleBee tetap membuka cawangan sekaligus menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan dan hilang punca pendapatan.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Menerusi pembukaan outlet ini, kita juga menawarkan peluang pekerjaan buat mereka yang memerlukan. Insya-Allah sama-sama kita kongsi rezeki.”

Sehingga ke hari ini, jenama minuman BubbleBee telah mempunyai hampir lebih 27 cawangan outlet di seluruh Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...