Siapa yang tidak kenal dengan pasangan romantis aktor Datuk Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia yang sering kali mendapat perhatian netizen khususnya para pengikut di laman Instagram kerana kerap berkongsi detik manis bersama anak-anak di platform berkenaan.
Terbaharu, Almy khabarnya tampil membuat kejutaan buat pelakon itu apabila hadir ke lokasi penggambaran Fizz bersama anak-anaknya sambil membawa makanan.
Menurut Almy, bapa kepada anak-anaknya itu difahamkan sudah hampir seminggu tidak bertemu dengan cahaya mata mereka.
“Kami pergi dekat set en suami dekat Sg Besar Kuala Selangor. Dekat seminggu anak-anak tak jumpa papa bawalah lepas rindu, kebetulan en suami pun pesan suruh bawa lauk untuk bekalan dia kat sana untuk dia makan.”
Dedah Almy, anak-anaknya turut menzahirkan rasa teruja dan gembira dapat bertemu bapa kesayangan mereka.
“Anak-anak gembira dapat jumpa papa termasuk la mama dia. Niat kami bawa anak-anak jumpa papa dia lepas rindu, lepas tu niat belanja makan dekat set en. Suami,”
Seolah sudah mampu menjangka perkhabaran gembira, menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji tindakan Almy berbuat demikian. Tidak kurang juga, wujud segelintir pengikutnya dilihat tidak putus-putus turut mendoakan kebahagiannya rumah tangga pasangan ini.
Sekadar informasi, Fizz dan Almy telah selamat melangsungkan pernikahan pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan seorang anak angkat, bernama Nur Afrina Darwisyah yang kini telah berusia 11.