April 3rd, 2019

Selepas ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon Oktovia Manrose, pelakon Aliff Aziz bertindak mendiamkan diri, tinggal berasingan bersama isterinya, Bella Astillah dan sudah memadam semua foto mereka bersama di akaun Instagram. Apa agaknya status pasangan ini?

Bella memberitahu mereka sudah tinggal berasingan hampir sebulan, tetapi beliau sehingga hari ini masih lagi bergelar isteri kepada Aliff. Bukan mudah untuk mereka berdua membuat keputusan untuk bercerai.

Kita berdua ambil masa untuk berjauhan. Hampir sebulan jugalah, sebab memang ramai yang tanya sama ada kami sudah pun berpisah. Bila orang asyik bercakap mengenai isu tersebut, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukannya hari ini gaduh, esok mahu bercerai, bukan mudah.

Sebab itu kami ambil keputusan untuk berjauhan seketika dan perlukan masa untuk fikir semua aspek.

Sedar ramai yang tidak suka dengan tindakannya mecerita perihal rumah tangga di media sosial, kata Bella itu adalah caranya untuk mengungkapkan segala rasa sedih di hati dan sebenarnya pada masa yang sama ingin memberikan iktibar kepada mereka yang turut melalui perkara yang sama.

Pada orang, mungkin ada yang anggap saya tidak matang, kata telan je apa yang jadi. Cuma ada ketika saya akan cakap, kalau ada yang tidak selesa dengan apa yang Bella post, just unfollow. Ini cara Bella untuk meluahkan dan mewakili golongan wanita laun yang mengalami nasib yang sama. Lain orang, lain cara.

Terdahulu, ada sesetengah netizen sudah mula bosan dan geram mengapa Bella tidak melakukan apa-apa berkaitan masalah rumah tangganya dan hanya mengadu di media sosial dan terus menanggung derita di hati.

Sumber Berita : Media Hiburan


27 responses to “Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan, Saya Masih Lagi Isteri Aliff – Bella Astillah”

  1. Anonymous says:

    Bella, banyak-banyaklah bersabar ini semua adalah ujian dalam berumah tangga, harap Bella cuba tenangkan diri dan berbincang elok-elok demi anak dan hubungan yang dibina selama ini. Setiap perkahwinan akan diduga dengan berbagai-bagai cara. Tempuhilah dengan kesabaran dan berbincang baiki kesalahan yang lalu dan buang yang keruh ambil yang jernih. Memanglah perit untuk laluinya, cuba lembutkan hati dan banyak berdoa demi kebahagiaan rumah tangga. Cubalah Bella mudah-mudahan akan menjadi baik semuanya.

  2. lavender says:

    Bella tmpt nk mengadu bkn media sosial. u buka pintu utk org hina suami u sendiri pada masa sama xnk berpisah? u x tutup aurat, menari kiki terlompat2 tapi husband x buat pun status u xde maruah etc. u pggil org lain xde maruah ok pulak.. muhasabah diri pls

  3. lavender says:

    maaf ye Bella bagi pendapat i klau u nk luahkan apa yang u rasa bukan di media sosial.. Thats not the right way.. siap panggil org lain perempuan xde maruah.. aduii.. but u never look at urself.. hebohkan aib suami, u sendiri dgn x tutup aurat melompat2 kiki challenge x nmpk husband u status ckp u xde maruah etc. ckp x semudah nk cerai tapi u sendiri buka pintu org hina suami u. u suka org hina suami u tapi xnk mnta cerai?

  4. bawang says:

    kau mmg spesis nak populer tak kena gaya
    semak !
    yg patut wakil kekuatan wanita di luarsana tu ZIANA ZAIN ..ERRA FAZIRA ..bukan kau ! Kau hanya mewakili PEREMPUAN YANG TAKUT UNTK MELEPASKAN sesuatu YANG TERNYATA MENYAKITI hanya kerana KAU TU LEMAH dan masih nak menagih POPULER !
    baik KAU DIAM LAH ! dok kampung tu

  5. Abg 10 Inci says:

    cian bella.. dah sebulan ye tak merasa kelelakian..
    meh pm abg.. abg kasi bella puas..

Loading...