Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan, Saya Masih Lagi Isteri Aliff – Bella Astillah

Hiburan

Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan, Saya Masih Lagi Isteri Aliff – Bella Astillah

Selepas ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon Oktovia Manrose, pelakon Aliff Aziz bertindak mendiamkan diri, tinggal berasingan bersama isterinya, Bella Astillah dan sudah memadam semua foto mereka bersama di akaun Instagram. Apa agaknya status pasangan ini?

Advertisement

Bella memberitahu mereka sudah tinggal berasingan hampir sebulan, tetapi beliau sehingga hari ini masih lagi bergelar isteri kepada Aliff. Bukan mudah untuk mereka berdua membuat keputusan untuk bercerai.

Kita berdua ambil masa untuk berjauhan. Hampir sebulan jugalah, sebab memang ramai yang tanya sama ada kami sudah pun berpisah. Bila orang asyik bercakap mengenai isu tersebut, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukannya hari ini gaduh, esok mahu bercerai, bukan mudah.

Sebab itu kami ambil keputusan untuk berjauhan seketika dan perlukan masa untuk fikir semua aspek.

Sedar ramai yang tidak suka dengan tindakannya mecerita perihal rumah tangga di media sosial, kata Bella itu adalah caranya untuk mengungkapkan segala rasa sedih di hati dan sebenarnya pada masa yang sama ingin memberikan iktibar kepada mereka yang turut melalui perkara yang sama.

Pada orang, mungkin ada yang anggap saya tidak matang, kata telan je apa yang jadi. Cuma ada ketika saya akan cakap, kalau ada yang tidak selesa dengan apa yang Bella post, just unfollow. Ini cara Bella untuk meluahkan dan mewakili golongan wanita laun yang mengalami nasib yang sama. Lain orang, lain cara.

Terdahulu, ada sesetengah netizen sudah mula bosan dan geram mengapa Bella tidak melakukan apa-apa berkaitan masalah rumah tangganya dan hanya mengadu di media sosial dan terus menanggung derita di hati.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...