Sudah hampir genap sebulan pemergian Sandra Dianne ke rahmatullah, syarikat rakaman dan pengurusan Sony Music Malaysia dilaporkan bakal menerbitkan lagu terakhir nyanyian arwah Sandra khas untuk peminat di luar sana.
Lagu bertajuk Jelaskan itu juga merupakan lagu hasil ciptaan Sandra sendiri dan dikhabarkan telah dirakam beberapa bulan lalu dan ianya dalam perancangan untuk diperdengarkan selepas program Big Stage 2020.
Menurut Vea Norman selaku wakil pengurusan Sony Music tampil menjelaskan mengenai perancangan untuk menerbitkan hasil karya terakhir Sandra itu.
“Kami selaku pihak pengurusan Allahyarhamah Sandra Dianne ingin berkongsi hasil karya penuh makna buat arwah buat semua peminatnya di luar sana. Arwah Sandra ada mengatakan dia sudah menulis lagu Jelaskan sejak tahun lalu lagi. Namun proses rakaman hanya dapat disempurnakan pada sekitar bulan Mei yang lalu kerana kekangan akibat PKP,”
Vea turut berkongsi mengenai proses penghasilan lagu yang agak mencabar kerana susunan muzik telah dirakam di Kuala Lumpur namun untuk vokal Sandra yang berada di Sabah.
Namun segala penantian dalam menghasilkan kualiti muzik yang mantap membuahkan hasil kerana Sandra sanggup berulang kali merakam trek vokal dalam mendapatkan emosi yang sempurna untuk lagu terakhirnya itu.
Lagu Jelaskan kini boleh didengari di semua platform digital bermula Jumaat yang lalu.
Sumber : mStar Online

Anonymous
October 5, 2020 at 11:16 am
letak la gamabr arwah yang sopan. yang tutup aurat. kesian arwah
ntah le
October 5, 2020 at 9:43 am
makin pelik dunia hiburan sekarang ni. klu xlancarkan lagu baru dia peminat meroyan ke ape?? idop jgn kapir sgt la!!
xxx
October 4, 2020 at 9:51 pm
Perlu ke? Org tu dah takde. Perkara menyanyi ni terang lagi bersuluh lagha dan berdosa dengan aurat terdedah sana sini. Dalam kubur entah apa berlaku. Kita didunia ni ringankan lah beban si mati. Ni sebok nak post2 lagi aurat simati.
rahman
October 4, 2020 at 12:37 pm
dia sudah berada dialam lain tak memerlukan lagi itu semua lagi, bantulah dia yang dapat mententeramkan dia dialam itu dengan ayat2 suci al-quran( al-fatihah dan surah ikhlas sekurang2nya).