Sebagai penjual makanan, rasa, kualiti dan kebersihan merupakan faktor yang sangat dititikberatkan. Selain mencari rezeki halal, kepuasan pembeli juga sangat penting.
Pun begitu, lain pula yang terjadi kepada seorang pelanggan yang terpaksa memuntahkan semula makanannya apabila nasi pecal ayam yang dibelinya mengandungi cicak yang dipenuhi sambal. Apa kes?
Lapor Tribunnews, cicak itu didapati sudah mati dan berada sekali dalam bungkusan sambal dengan ayam goreng.
Penemuan itu mengejutkan gadis itu semasa dia sedang menikmati ayam goreng dengan penuh selera.
Disebabkan itu, dia langsung tidak berselera dan terpaksa berhenti makan. Dia malah kehairanan bagaimana cicak itu boleh memasuki sambal pecal ayam itu.
“Saya makan sampai habis dan ketika mahu mengeluarkan lebihan sambal, terasa seperti ada benda yang keras dan rupa-rupanya ia adalah cicak”
Kawan saya yang turut membeli makanan itu kemudian datang semula ke warung itu. Dia meminta penjual supaya lebih berhati-hati ketika menyediakan makanan dan tidak menuntut sebarang ganti rugi.
Apapun, mungkin peniaga ini terlepas pandang. Kadang-kala faktor persekitaran pun memainkan peranan, mana tahu cicak tu yang terperangkap kan?
Semoga kisah ini tidak berulang dan menjadi pengajaran buat semua untuk lebih berhati-hati ya.