Hampir Dua Bulan ‘Tutup Mulut’ Dari Pecah Rahsia, Aina Abdul Bergelar Juara Program The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Hiburan

Hampir Dua Bulan ‘Tutup Mulut’ Dari Pecah Rahsia, Aina Abdul Bergelar Juara Program The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Program The Masked Singer Malaysia yang baru saja melabuhkan tirainya baru-baru ini telah menyaksikan penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum bunga raya telah merangkul gelaran juara pada malam itu.

Aina yang ditemui media selepas program itu berakhir telah meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka dirinya dipilih sebagai juara menerusi pertandingan nyanyian yang berkonsepkan misteri itu.

Advertisement

Penyanyi lagu Semalam itu difahamkan telah menyampaikan persembahan memukau meskipun menggayakan kostum berat bertemakan bunga raya dengan lagu Listen nyanyian asal Beyonce dan lagu Malam Ini Kita Punya nyanyian kumpulan Bunkface.

Hasil kemenangan itu, dia telah membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana format asal negara-negara lain.

Meluahkan rasa gembira dan syukur menerusi akaun Instagram miliknya, Aina mengakui bukan mudah untuk ‘mengunci’ mulut daripada berkongsi cerita mengenai penglibatannya dalam program itu.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi atas kemenangan dan kejayaan yg tidak disangka-sangka ini… Omgggg, sangat susahhhhhh Aina nak tahan rahsia ini ???.. almost 2 months !! Aina minta maaf sangat2 kat semua yang di luar , family, rakan2 dan all my lovely followers ??????, aina takde niat nak tipu tapiii , aina dah sign contract and aina kene patuh… Maaf yaaa semua! Aina juga di sini nak ucapkan jutaaan terima kasih buat semua team produksi dan team2 yang berada di belakang Aina sepanjang program ini berjalan.. semoga Allah Swt rahmati anda semua??? And last but not least, to Bunga Raya ? we did it! Alhamdulillah! #themaskedsingermalaysia #bungaraya #ainaabdul #ainations

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

“Omggg, sangat susahhh Aina nak tahan rahsia ini, almost 2 months! Aina minta maaf sangat-sangat kat semua yang di luar, family, rakan2 dan all my lovely followers. Aina tiada niat nak tipu tapi dah sign contract and Aina kena patuh. Maaf ya semua!”

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada kru penggambaran yang terlibat sepanjang program itu berlangsung.

Sekadar info, tempat kedua program The Masked Singer Malaysia telah dirangkul oleh Vaneesa Reynauld yang memakai kostum Rajah Brooke, manakala Tuju K-Clique meraih tempat ketiga dengan kostum Orang Utan manakala tempat ke-empat dimenangi oleh Datin Alyah yang menggayakan kostum Wau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...