Baru-baru ini, tular satu video di TikTok apabila seorang wanita yang berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Sofi berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja di Malaysia.
Menurut Sofi, dia sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2016 termasuklah waktu dia menyambung pelajaran. Dia memberitahu bahawa kini dia bekerja di sebuah syarikat teknologi.

gambar hiasan
Antara faktor utama dia memilih untuk bekerja di negara ini adalah kerana ia berdekatan dengan tempat lahirnya.
Malah, antara perkara lain yang membuatkan Sofi memilih untuk bekerja di Malaysia adalah kerana tawaran gaji yang tinggi kerana baginya RM3,000 adalah jumlah pendapatan yang tinggi buat warganegara Indonesia.
Selain itu, caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) oleh majikan turut dikatakan tinggi. Dengan jumlah tersebut, dia dapat menabung untuk kegunaan masa hadapan.

gambar hiasan
Kata Sofi, dia sebelum ini mencari pekerjaan melalui portal-portal kerja seperti LinkedIn dan Jobstreet namun di tempat kerja sekarang, dia mengambil pendekatan lain dengan memohon terus dari laman sesawang syarikatnya.
Selepas bertahun-tahun mengembangkan kerjayanya, dia mendakwa dia mampu membeli sebuah kereta di Malaysia dengan harga lebih kurang 40 juta rupiah (kira-kira RM10,440) sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap perkara tersebut dan ramai dilihat bersetuju dengan pandangan Sofi mengenai kebaikan bekerja di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.