Hampir 8 Tahun Tersilap Tanggal Hari Jadi, ‘Rapper’ Waris Minta Google Betulkan Tarikh – ” Birthday Saya Sebenarnya Pada…”

Hiburan

Hampir 8 Tahun Tersilap Tanggal Hari Jadi, ‘Rapper’ Waris Minta Google Betulkan Tarikh – ” Birthday Saya Sebenarnya Pada…”

Setelah hampir lapan tahun tersalah info, penyanyi rap Waris tampil untuk berkongsi tarikh lahirnya yang sebenar kepada peminat.

Info tidak benar yang boleh didapati melalui carian Google itu mendakwa tarikh kelahiran Waris adalah pada 31 Ogos sedangkan tarikh sebenar adalah pada 18 Julai.

Advertisement

Dia yang berseloroh di entri terbaru instagramnnya mengatakan sudah hampir 8 tahun tarikh itu tidak berubah. Malah, genre lagu yang dibawanya juga tersilap di paparan info.

“Google melakukan kesilapan sejak 8 tahun lepas. Saya rasa dah tiba masanya saya beritahu kesilapan Google berkaitan informasi tarikh lahir saya,”

Waris turut bergurau ketika memberitahu tarikh sebenar hari lahirnya itu di instagram mana tahu jika ada peminat yang ingin mengirim hadiah kepadanya.

 Entri tersebut ternyata mencuit hati pengikut serta peminat Waris. Ada juga yang sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada penyanyi lagu Rembau Most Wanted ini yang jatuh pada hari sabtu, 18 Julai 1988.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...