Caprice baru-baru ini, ada berkongsi satu foto di laman Instagram memaparkan dirinya sedang ‘lepak’ bersama orang kanan pendakwah sensasi terkenal.
Dapat dilihat di ruangan kapsyen gambar itu, Caprice menyatakan bahawa dia hanya melepak bersama dua orang kanan pendakwah itu sahaja.
Melalui Instagram Story penyanyi rap dan juga salah seorang orang kanan pendakwah itu, jelas kelihatan mereka berdua seakan-akan mahu mendedahkan sesuatu perkara yang bakal mengejutkan ramai pihak.
View this post on Instagram
Melalui Instagram Story orang kanan pendakwah itu, dia seakan-akan mahu membongkar rahsia besar mengenai ‘penunggang agama’ tanpa perjelaskan secara lanjut.
Bahkan, memohon doa daripada orang ramai agar diberikan kelancaran untuk mendedahkan satu isu sensitif melibatkan seseorang individu.
Difahamkan, kedua-dua individu yang ‘lepak’ bersama Caprice itu adalah orang kanan pendakwah bebas terkenal dan mereka juga pernah bersama-sama terlibat dalam misi ke Palestin.