Hampir 70% Kes Penceraian Di Malaysia Berpunca Daripada Masalah ‘Mati Pucuk’ – Timbalan Menteri Kesihatan

Kehidupan

Hampir 70% Kes Penceraian Di Malaysia Berpunca Daripada Masalah ‘Mati Pucuk’ – Timbalan Menteri Kesihatan

Timbalan Menteri Kesihatan iaitu Datuk Lukanisman Awang Sauni, memaklumkan bahawa dua daripada tiga lelaki di Malaysia berisiko mengalami masalah disfungsi erektil (ED).

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata, hasil dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa 31.6 peratus lelaki Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami ED pada tahap sederhana hingga teruk.

Advertisement
lelaki stress

gambar hiasan

ED adalah satu isu yang agak kurang dibincangkan, tetapi penyakit yang semakin boleh dianggap serius dalam kalangan lelaki di Malaysia, dengan angka menunjukkan 69.5 peratus lelaki berusia 40 tahun ke atas mengalami ED.

ED ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi yang mencukupi bagi menjalani hubungan seksual yang memuaskan.

Dalam pada itu, merujuk kepada garis panduan CPG untuk pengurusan ED, Lukanisman menjelaskan bahawa panduan tersebut dibangunkan bagi memastikan pesakit ED menerima penjagaan kesihatan terbaik daripada pengamal kesihatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bersesuaian, selaras dengan saranan yang terkandung dalam CPG tersebut.

CPG ini sudah dibangunkan dalam tempoh beberapa tahun dan juga kita sudah menyerahkan CPG ini kepada pihak klinikal, universiti dan persatuan untuk dijadikan satu panduan kepada bagaimana rawatan komprehensif untuk masalah ED ini.

Dapatkan rawatan segera

Beliau menggesa individu yang mengalami masalah ED supaya mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memandangkan hampir 70 peratus kes ED dikenal pasti sebagai punca kepada perceraian.

pasangan suami isteri berjalan menuju bilik cerai

gambar hiasan

Dalam perkembangan berkaitan, Lukanisman memaklumkan bahawa KKM melalui Bahagian Farmasi kini bekerjasama dengan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok bagi memantau serta menghalang penjualan ubat yang dikaitkan dengan masalah ED.

Saya tegaskan ED ini adalah satu penyakit yang perlu dirawat seperti kencing manis, darah tinggi atau kolesterol, jangan jadikan ubat-ubat (di platform e dagang) untuk merawat ED ini sebagai enhance kepada prestasi ataupun stamina seksual lelaki.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2 days ago

Pasangan Umur 26 Hingga 35 Tahun Paling Banyak Fail Cerai, Gangguan Pihak Ketiga & Campur Tangan Mentua Antara Punca

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...