Hampir 50 Peratus Penjawat Awam Terutamanya Di Putrajaya Alami Obesiti – KSN

Gaya Hidup

Hampir 50 Peratus Penjawat Awam Terutamanya Di Putrajaya Alami Obesiti – KSN

Hampir 50 peratus penjawat awam mengalami masalah berat badan berlebihan dan kebanyakan daripada jumlah itu adalah mereka yang berkhidmat di Putrajaya, dedah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Justeru, Zuki Ali menekankan betapa pentingnya penjawat awam untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang sihat untuk memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik.

Advertisement

Saya dimaklumkan bahawa 50 peratus obes dalam kalangan penjawat awam khususnya di Putrajaya. Jadi, penting untuk mereka ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk program larian sebagai permulaan menggalakkan mereka (hidup sihat).

obesiti

Tambahnya, program sihat membabitkan larian pada hujung minggu akan diteruskan di setiap kementerian, agensi-agensi kerajaan di seluruh negara selepas ini tidak kira peringkat agensi, kementerian atau perseorangan.

Larian sebegini sebagai satu bukti untuk kita menggalakkan budaya sihat dalam kalangan penjawat awam khususnya.

penjawat awam

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Hari Bebas Kenderaan (CFD) Putrajayakembali dianjutkan pada minggu keempat setiap bulan bertujuan memberi peluang kepada penduduk sekitar menjalankan pelbagai aktiviti riadah sihat seperti berjalan kaki dan menaiki basikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hutang keliling pinggang
11 months ago

Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya RM3,000 Tetapi Berhutang Sampai RM500,000! - "Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...