Isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan bahawa pelawak berkenaan masih belum datang menjenguk anak mereka yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Kata wanita berusia 33 tahun itu lagi, Shuk juga seakan-akan tidak berusaha untuk menghubungi keluarga untuk bertanyakan keadaannya yang kini sedang berpantang.
Langsung tak nampak batang hidung, entahlah saya sendiri tak tahu apa dalam fikiran dia. Ibu bapa saya tak pernah sekat nombor dia. Nak seribu daya, kalau tidak seribu dalih.
Menurut Fara, dia sudah lama menjangka rumah tangganya bersama Shuk akan berdepan dengan masalah disebabkan salah faham antara mereka.
Masakan tidak, ketika dia sedang dalam tempoh hamil sebelum ini Shuk didakwa sudah pun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Sebenarnya saya dah jangka sebab dari awal pun dia memang macam tak suka bila saya hamil. Makan dan minum saya pun dah mula tak terjaga.
Tiada apa-apa perubahan ke arah kebaikan untuk sambut cahaya mata kami, sebaliknya masalah rumah tangga ini makin besar.
Dalam pada itu, dia bersyukur kerana mampu menguruskan anak sulungnya, Elaine Nada meskipun tiada bantuan daripada suami.
Malah katanya, Nada seorang bayi yang tidak banyak ragam dan sangat baik.