Hampir 20 Bulan Cuba ‘Meminang’ IKEA , Lihat Bagaimana Startup Ini Buat Sampai Jadi

Trending

Hampir 20 Bulan Cuba ‘Meminang’ IKEA , Lihat Bagaimana Startup Ini Buat Sampai Jadi

Setiap apa yang kita impikan bukan akan datang dengan mudah kepada kita. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi dan usaha yang berterusan kerana di pengakhirannya nanti, kita akan merasai manisnya kejayaan yang ditunggu.

Advertisement

Itulah yang diaplikasikan oleh pengasas The-Lorry, Nadhir Ashafiq yang hampir 20 bulan cuba ‘meminang’ Ikea, sebuah syarikat perabot dan perhiasan rumah yang terkenal berpangkalan di Sweden.

Terkini, IKEA mempunyai 4 cawangan di semenanjung malaysia iaitu Damansara,Cheras,Tebrau (16 Nov 2017) dan Batu Kawan Penang (2019).

Seiring dengan perkembangan dan pembukaan Ikea yang bakal membuka cawangan ke-tiga mereka di Tebrau,Johor, Nadhir Ashafiq cuba ‘meminang’ Ikea untuk bekerjasama dengan mereka.

Setelah pelbagai rintangan dan dugaan yang mereka hadapi, akhirnya mereka berjaya ‘menambat hati’ pihak pengurusan Ikea dan ternyata kesabaran dan usaha mereka selama ini berbaloi.

Jom baca perkongsian Nadhir Ashafiq,pengasas The Lorry.

Cuba, cuba, cuba sampai jadi! IKEA & TheLorry

Ini adalah kisah di mana TheLorry berjaya menjadi partner IKEA untuk penghantaran “on-demand delivery” di IKEA Tebrau, Johor Bahru …. 20 BULAN dari ‘initial contact’.

Di IKEA Singapore sudah lama ada konsep on-demand delivery ini, sejak 2015.

Customer boleh pilih untuk penghantaran 1-2 hari ataupun penghantaran *SEKARANG* dengan membuat tempahan melalui iPad yang disediakan.

Konsep yang sama kita mahu bawa di Malaysia.

First step, kami cari email boss besar Ikano (yang menjaga franchise IKEA di rantau ini) melalui Linkedin dan hantar proposal melalui emel.

Kami tak harapkan respon sebab ianya ‘cold email’. Tapi alhamdulillah dia reply!

Kami dapat berjumpa dengan team yang menjaga bahagian penghantaran dan ‘pitch’ proposal kami.

Namun selang beberapa bulan – senyap.

Kami kata: “Tak boleh jadi ini, kita kena buat something untuk tarik perhatian.”

That’s what we did.

Kita buat kempen GUERILLA di IKEA Damansara dengan menjanjikan penghantaran dalam masa sejam.

Caranya? Kami lepak di area roundabout berdekatan entrance parking & traffic light sambil pegang sepanduk.

Selepas beberapa jam, kita rasa bosan pula.

Kami pindah ke kawasan dalam IKEA untuk buat marketing.. dan kemudian kena HALAU. Kah kah. Sampai manager tertinggi diorang turun untuk minta kita pergi.

Setahun berlalu – namun masih tak berjaya untuk yakinkan mereka untuk lancarkan servis ini. Adalah beberapa sebab yang diberikan.

Kami pun rasa nak GIVE UP dengan idea ini.

Tapi kita terus juga buat macam-macam promosi untuk tarik pengguna IKEA gunakan servis TheLorry. Kami mahu nama kami sinonim dengan IKEA.

Ogos 2017 kami dapat satu panggilan.

Untuk masuk dan beri pembentangan dan ‘pitching’ kepada team IKEA. Mereka mahu lancar servis on-demand delivery menggunakan 4×4 di IKEA Tebrau.

Dan mereka mahu TheLorry jalankan servis ini.

Kami tarik nafas lega. Alhamdulillah. Dapat pun. Setelah 20 bulan. Tanpa buang masa, kami terus setup SOP dan recruit team baru di sana.

Hari ini 11 November adalah soft launch pembukaan IKEA Tebrau. Kami sudah mula beroperasi! Pembukaan untuk orang awam adalah 16 November (Khamis). Jom turun ramai-ramai!!

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ms. Rebecca – pelanggan pertama kami di IKEA Tebrau!!

This post is dedicated to all TheLorry team members who made our dream of working with IKEA a reality. Thank you.

Semoga TheLorry berjaya dengan kerjasama bersama Ikea. Bangga melihat anak muda melayu bekerjasama dengan syarikat antarabangsa. Satu penghormatan dan satu pencapaian yang sangat mengagumkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...