October 26th, 2020

Penantian hampir dua tahun nampaknya membuahkan hasil apabila sebuah telefilem kontroversi bertajuk Demi Tuhan Aku Bersaksi yang berkisarkan kehidupan golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) bakal ditayangkan pada hujung bulan ini.

Tempoh yang cukup lama itu semestinya membuatkan setiap tenaga produksi yang terlibat dalam penghasilan drama tersebut ternanti-nanti bilakah ianya akan ditayangkan.

Menemui pelakon utama telefilem tersebut, Syafie Naswip sama sekali tidak menyangka naskah lakonannya sebagai mak nyah itu akhirnya bakal menemui penonton. Namun, bagi Syafie dia menganggap bahawa penerbitan telefilem tersebut adalah sebuah hal yang bagus.

“Saya tak jangka cerita ini akan keluar, tapi bila diumumkan tu, saya anggap ini satu kebaikan dan hal yang bagus. Maklumlah, sebab dah lama sangat, ingatkan akan disimpan saja memandangkan sebelum ini siap ada petisyen untuk tidak ditayangkan,”

View this post on Instagram

#DemiTuhanAkuBersaksi 9malam di TV1 #ProkuyaProduction

A post shared by Prokuya Studios (M’sia) (@prokuyastudios) on

Turut meminta orang ramai untuk tidak terlalu cepat menghukum karya tersebut sebelum ianya ditayangkan, Syafie memohon masyarakat untuk menontonnya terlebih dahulu sebelum bertindak untuk mengecam.

Manakala selaku penerbit pula, pelakon Fadzil Zahari bersyukur apabila naskah tersebut akhirnya akan menemui penonton selepas menerima pelbagai kecaman daripada masyarakat.

View this post on Instagram

Setelah lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi pelbagai kecaman yang abang, isteri, family, direktor, krew & pelakon terima.. dari sekecil cacian hinggalah kami di katakan agen Yahudi, keluarga di sumpah masuk neraka.. Abang maafkan semuanya… semalam dengan izin Allah Taala, telemovie ini dah mendapat tarikh tayangannya 31 Okt 2020 jam 9malam di TV1. Abang percaya, ramai yang tunggu nak tonton, sebab hampir 2tahun dah cerita ni ditunda tayangannya. Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan insyaAllah… . tag kawan kawan hangpa yang dah tunggu lama nak tengok okay ? . Thank u RTM . Production: @prokuyastudios Exec Prod: @YanaSamsudin Director: @eyrahman22 Cast: @SyafieNaswip @FezrulKhan @SheilaHassan @IsmailYaacob @TaiyuddinBakar @MelanieCtn

A post shared by Fadzil Zahari (ProkuyaStudios) (@fadzilzahari) on

“Setelah lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi pelbagai kecaman yang abang, isteri, keluarga, pengarah, kru dan pelakon terima.Semalam dengan izin Allah Taala, telemovie ini dah mendapat tarikh tayangannya, 31 Oktober 2020, jam 9 malam di TV1”

Menulis panjang di ruangan Instagramnya, Fadzil turut meminta penonton supaya menilai sendiri karya arahan Eyra Rahman kerana ianya sarat dengan mesej demi kebaikan hidup bermasyarakat.

View this post on Instagram

InshAllah akan terjawap segala kemelut.. Reposted from @fadzilzahari Setelah lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi pelbagai kecaman yang abang, isteri, family, direktor, krew & pelakon terima.. dari sekecil cacian hinggalah kami di katakan agen Yahudi, keluarga di sumpah masuk neraka.. semalam dengan izin Allah Taala, telemovie ini dah mendapat tarikh tayangannya 31 Okt 2020 jam 9malam di TV1. Abang percaya, ramai yang tunggu nak tonton, sebab hampir 2tahun dah cerita ni ditunda tayangannya. Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan insyaAllah… . . Exec Prod: @YanaSamsudin Director: @eyrahman22 Cast: @SyafieNaswip @FezrulKhan @SheilaHassan @IsmailYaacob @TaiyuddinBakar @MelanieCtn

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on

Mengimbas kembali, Fadzil sebelum ini pernah lantang bersuara kerana meminta penjelasan daripada pihak penyiar televisyen berhubung penerbitan telefilem tersebut.

Sumber : Astro Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...