Hampir 2 Juta Wanita Berusia Lebih 30 Tahun Di Selangor Dan Johor Masih Belum Berkahwin

Trending

Hampir 2 Juta Wanita Berusia Lebih 30 Tahun Di Selangor Dan Johor Masih Belum Berkahwin

Dalam masyarakat Melayu, memang tidak boleh lari mengenai bab perkahwinan. Ada sahaja pertanyaan daripada ‘Mak Cik Bawang’ tentang bila hendak mendirikan rumah tangga terutama sekali jika seseorang wanita itu sudah berusia lebih 20 tahun.

Biasanya mereka yang sudah berusia dan tidak berkahwin akan digelar andartu dan pelbagai komen kejam dilemparkan sehingga ia sedikit sebanyak boleh memberikan tekanan kepada sesetengah individu.

Advertisement

 

Namun, kita harus sedar bahawa perubahan sosial pada zaman sekarang seperti faktor ekonomi dan tekanan bekerja boleh menyebabkan seseorang itu kahwin lambat.

hampir 2 juta wanita selangor dan johor belum berkahwin

Berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas) negeri Selangor dan Johor mencatatkan jumlah individu bujang paling tinggi di Malaysia.

Sejumlah 1,014,327 orang wanita bujang dicatatkan di Selangor dan 636,537 orang pula di Johor masih belum berkahwin seawal usia 30 tahun.

Bagi kategori lelaki pula, kaum Adam di Selangor turut mencatatkan jumlah bujang 30 tahun ke atas paling ramai mencecah 148,803 orang diikuti Johor 104,416 orang.

hampir 2 juta wanita selangor dan johor belum berkahwin

Meskipun tidak menyatakan punca trend kahwin lewat ini  semakin meruncing, tetapi secara logiknya mungkin ramai yang lebih gemar untuk hidup bersendirian.

Tambahan pula, bukan satu dosa besar pun jika diri masih belum bertemu jodoh. Oleh itu, wanita-wanita di luar sana janganlah tertekan dan pedulikan sahaja kata-kata sesetengah masyarakat yang bermulut jahat.

Sumber Berita : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...