Hampir 100 Pesakit Tidak Tahu Mempunyai Jangkitan COVID-19 Selepas Terima Keputusan Ujian Yang Salah

COVID-19

Hampir 100 Pesakit Tidak Tahu Mempunyai Jangkitan COVID-19 Selepas Terima Keputusan Ujian Yang Salah

Ianya ibarat satu mimpi ngeri kepada kurang daripada 100 individu yang menjalani ujian saringan COVID-19 di Ireland apabila telah menerima keputusan yang salah dari ujian tersebut. Health Service Executive Ireland (HSE) memaklumkan beberapa pesakit telah diberikan keputusan ujian yang salah, bermaksud mereka sebenarnya mempunyai COVID-19.

Di dalam satu kenyataan, HSE memberitahu pada 11 April yang lalu kira-kira kurang daripada 100 orang telah diberitahu secara tidak sengaja, bahawa ujian mereka adalah negatif Covid-19. Namun selepas melakukan tinjauan, ternyata berlaku kesilapan di dalam keputusan tersebut.

Advertisement

Disebabkan masalah kekangan masa, mereka tidak dapat meminta sampel baru daripada mereka yang telah melakukan ujian. HSE telah menggunakan sampel asal mereka yang melakukan ujian untuk membuat ujian semula selepas didapati berlakunya kesilapan.

Makmal Rujukan Virus Nasional mengkaji semula keputusan terperinci daripada data hasil ujian asal dan menguji semula dengan sampel asal pesakit.

covid-19 ireland

HSE kemudian meminta pasukan kesihatan untuk segera menghubungi mereka yang terlibat di dalam ujian saringan tersebut. Mereka kemudian menghubungi pesakit yang diberikan keputusan negatif COVID-19 dan memberi penerangan yang jelas beserta keputusan sebenar kepada mereka.

Mereka yang disahkan positif diberikan nasihat kesihatan dan sokongan tentang apa yang perlu dilakukan. Pihak HSE mengumumkan permohonan maaf mereka kepada pesakit yang mendapat maklumat yang salah daripada ujian tersebut. Ireland pada masa ini telah menerima 10,647 kes jangkitan COVID-19 dan 365 kematian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...