September 2nd, 2020

Mendedahkan dirinya bakal menimang anak sulung sekitar Oktober depan, aktres jelita Nur Fazura akui syukur bahawa dirinya kini tidak mengalami alahan teruk, malah memaklumkan kepada umum beliau juga tidak mengidam makanan yang bukan-bukan.

Hamil Anak Sulung, Fazura Tak Suka Makanan Kampung

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah selera makannya difahamkan berubah-ubah apabila apabila beliau khabarnya langsung tidak berapa gemarkan makanan kampung sedangkan sebelum ini sangat berselera jika menjemah hidangan tersebut.

“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, saya tidaklah mengidam makanan yang bukan-bukan. Cuma saya tidak berapa gemarkan makanan kampung walaupun sebelum ini, saya sangat suka.”

Hamil Anak Sulung, Fazura Tak Suka Makanan Kampung

Meskipun begitu, ujar Fazura lagi, suaminya Fattah Amin merupakan insan yang terkena tempias isteri mengandung apabila mengalami perubahan selera makan. Rentetan itu, berat badan aktor tampan itu juga khabarnya telah naik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, selepas berbuka puasa, dia akan buka peti sejuk mencari makanan. Itu yang menyebabkan berat badan dia naik sekejap.”

Hamil Anak Sulung, Fazura Tak Suka Makanan Kampung

Terdahulu, Fazura selamat melangsungkan pernikahan dengan Fattah dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara pada November 2017. Malah, April lalu, pasangan ini juga telah mendedahkan mereka bakal menimang anak sulung tidak lama lagi selepas Fazura disahkan berbadan dua.

Sumber: BH Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...