Menerusi program bual bicara Next To Neelofa semalam, Scha Alyahya tampil berbicara mengenai berita kehamilan anak keduanya. Ujar Scha, beliau kini telah memasuki usia lima bulan.
Isteri kepada pengacara popular Awal Ashari itu mengatakan kehamilan keduanya adalah sebuah rezeki yang hadir di saat pandemik Covid 19 melanda dunia.
“Ini baby PKP (perintah kawalan pergerakan). Saya tak malu untuk mengatakan ini rezeki saya semasa PKP. Terima kasih PKP.”
Menurut Scha, beliau dan pasangan memang merancang untuk memiliki cahayamata kedua sejak awal tahun ini. Ujarnya lagi, beliay juga khabarnya sempat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) pada Januari lalu.
“Saya telah menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan dalam rahim. Kali pertama sebelum mengandung Lara Alana. Jadi kita memang merancang untuk punya anak kedua, dan ya, PKP, dan inilah dia.”
Bagaimanapun, Scha difahamkan agak “down” saat melalui fasa pertama kehamilannya sehingga beliau dikatakan mahu bertindak memadam akaun Instagramnya yang kini mempunyai lebih 5 juta pengikut, namun usaha tersebut tidak berjaya dilunaskan apabila ia dibantah oleh suami.
Terdahulu, sekitar dua bulan lalu, Awal tampil mengumumkan anak sulungnya Lara Alana bakal menerima adik menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto Lara memegang alat pengesan kehamilan.