Sejak kebelakangan ini, pelakon Mawar Rashid tak menang tangan melayan permintaan peminat yang seronok melihat wanita itu melakukan pelbagai cabaran yang popular di aplikasi TikTok.
Pun begitu, semua peminat terpaksa melupakan hasrat untuk melihat Mawar aktif menyahut pelbagai cabaran tersebut kerana dia kini yang sedang mengandungkan anak kedua.
Mengumumkan sendiri berita gembira itu, pelakon wanita itu menjelaskan bahawa dia hanya disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan doktor selepas ujian kehamilan yang dilakukan sendiri menunjukkan keputusan negatif.
Walaupun ini adalah kehamilan kedua, Mawar mengakui dia mengalami alahan yang terlalu teruk jika dibandingkan ketika mengandungkan anak pertama, Raden Muhammad Rafael.
Di kesempatan ini juga, isteri kepada Raf Yaakob ini juga turut memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan peminat untuk melakukan cabaran ‘barbie’ di TikTok kerana kondisi dirinya yang tidak mengizinkan.
“Kali ini alahan teruk sikit. Tu yang perlahan sikit online. Ramai minta buat barbie challenge, tapi tak larat. Minta maaf gais. Banyak lagi nak buat cabaran lain tapi semua tergendala.”
Meskipun gembira kerana akan menimang cahaya mata baru tak lama lagi, Raf Yaakob lebih selesa untuk merahsiakan dahulu usia kandungan Mawar daripada pengetahuan umum.
Disebabkan ‘morning sickness’ yang agak teruk, kedua-dua Mawar dan Raf meminta agar para peminat mendoakan kesihatan wanita itu selain berharap agar rasa loya ini cepat berakhir.
Tahniah sekali lagi kepada Mawar dan Raf!