Meskipun sedang berbadan dua, pelakon Faye Kusairi akui dirinya tetap aktif berlakon apatah lagi aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun lalu. Menurutnya, tiada sebab untuknya menolak tawaran berkenaan biarpun kandungannya kini telah memasuki usia empat bulan.
Ujar Faye, walaupun penat berlakon namun kondusi kesihatannya dalam keadaan baik-baik sahaja, namun mengakui tetap mengalami alahan teruk berbanding anak pertamanya dahulu.
“Jujurnya, saya mengalami alahan lebih teruk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.”
Disoal berkenaan kerjaya lakonan, Faye menafikan dakwaan dirinya merajuk dengan industri hiburan tempatan. Jelasnya, beliau tidak menyepikan diri atau memilih tawaran lakonan, sebaliknya belum dikunjungi rezeki menerima naskhah yang mampu menonjolkan dirinya.
“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang buatkan penonton nampak saya. Saya tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.”
Tambahnya lagi, ada sahaja tawaran lakonannya yang dirterimanya namun bergantung pada jadual karier, andai bersesuai, dirinya tidak akan teragak-agak untuk menerima sebaik mungkin.
Terdahulu, Faye yang berkahwin dengan Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Sumber: BH Online