Hamil Anak Ke-6 Tanpa Dirancang, Suami Isteri Sepakat Gugurkan Kandungan Sebab Hidup Hanya ‘Cukup Makan’

Kehidupan

Hamil Anak Ke-6 Tanpa Dirancang, Suami Isteri Sepakat Gugurkan Kandungan Sebab Hidup Hanya ‘Cukup Makan’

Perkongsian seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Puan Siti menerusi satu panggilan telefon stesen radio baru-baru ini mengejutkan penyampai dan tetamu jemputan.

Menerusi video dikongsikan radio Zayan, Puan Siti itu menceritakan bagaimana kehidupan dia dan suami hanya ‘cukup makan’.

Advertisement

Disebabkan hal tersebut, suaminya berkata dia enggan memiliki anak lagi namun kuasa Allah menentukan Puan Siti hamil anak keenam.

scan baby

Gambar hiasan

Pada mulanya mereka berdua nekad untuk teruskan kandungan sehingga saat melahirkan namun kemudian berubah fikiran selepas membuat kiraan komitmen.

Pasangan berkenaan akhirnya bersepakat untuk menggugurkan kandungan tersebut yang ketika itu berusia 6 minggu.

Tiga hari sebelum Raya saya telah menggugurkan anak saya. Adakah tindakan kami ini dikira membunuh?”

@zayan.my

Janganlah kita rasa takut untuk mempunyai ramai anak kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan. Marilah kita bersama-sama muhasabah diri. ? #ZAYANshare #ZAYANPagi

? original sound – ZAYAN – ZAYAN

Tetamu jemputan mereka, Da’i Izzhar Nazri kemudian berpesan kepadanya untuk tidak meratapi apa yang telah berlaku kerana segalanya adalah aturan Allah SWT.

Bagaimanapun, dia dan suami perlu bertaubat dan menyesal serta beringat bahawa setiap anak yang dikurniakan olehNya sudah ditetapkan rezeki mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Isteri Hafidz Roshdi Alami Keguguran, Nafi Sengaja Gugurkan Kandungan Secara Haram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...