Hamil 7 Minggu : Almy Nadia Bakal Bersalin Oktober Ini

Hiburan

Hamil 7 Minggu : Almy Nadia Bakal Bersalin Oktober Ini

Selepas Fizz Fairuz mengesahkan isterinya Almy Nadi sedang hamil anak mereka yang kedua. Laman sosial pasangan ini tidak putus dengan ucapan tahniah dan ada yang ingin tahu usia kandungan Almy kini.

Melalui portal Media Hiburan, Almy dikatakan hamil tujuh minggu dan dijangka bersalin sekitar bulan Oktober tahun ini. Almy juga sempat meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada beliau dan suami.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, Almy juga sudah mula menjaga pemakanan beliau kerana tidak mahu berat badannya bertambah seperti yang dialaminya ketika mengandung anak pertama.

Alhamdulillah ia adalah satu rezeki buat kami, malah, kami juga tidak pernah merancang untuk itu.

Kalau sebelum ini saya terlebih berat badan sebab itu mengandung kali ini saya akan lebih berhati-hati dengan menjaga cara pemakanan dan saya juga ada mengambil nutrien kesihatan. Lebih teruk lagi adakalanya saya sukar untuk bangun.

Kadang-kadang bukan kerana pemakanan tetapi hormon yang tidak stabil boleh membuatkan wanita yang sedang hamil meningkat berat badannya.  Kalau siapa yang kritik Almy gemuk itu memang tidak faham la keadaan wanita yang sedang berbadan dua. Doakan kesihatan ibu dan kandungan kan lebih bagus..

Sumber Berita : Media Hiburan

 photo lelong1.jpg

Jangan lepaskan peluang anda untuk medapatkan diskaun sehingga 80% dan diskaun tambahan sebanyak 30% (had maksima RM30) untuk barangan terpilih dalam setiap kategori dibawah!

Women’s Fashion
Men’s Fashion
Health & Beauty
Home & Kids
Gadgets

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...