Hamid Gurkha Kini Alami Masalah Pendengaran

Hiburan

Hamid Gurkha Kini Alami Masalah Pendengaran

Pelakon dan pelawak veteran Hamid, Gurkha kini dimaklumkan mengalami masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh isterinya, Timah Abdul Hamid selepas 64 tahun hidup bersama.

hamid gurkha alami masalah pendengaran

Advertisement

Katanya, atas faktor usia dan masalah pendengaran yang dialami Hamid kini menyebabkan anak-anaknya tidak membenarkan Hamid aktif berlakon lagi.

“Pak Hamid suka berdikari dan kalau mahu ke mana-mana, masih nak memandu kereta sendiri. Jadi, kenalah saya ikut sebagai peneman untuk membantu dia ketika memandu.”

Terdahulu, Hamid dikunjungi penyanyi Rock, Datuk Awie bersama pasukannya ke kediamannya di Sri Andalas, Klang untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur dan wang ringgit bagi meringankan beban pelakon itu.

hamid gurkha alami masalah pendengaran

Menurut Timah, beliau amat bersyukur diberi bantuan  tersebut dan tidak menjangka masih ramai penggiat seni tanah air masih ingat pada suaminya.

“Pak Hamid pun kali terakhir berlakon seingat saya dalam filem Alamak Toyol pada 2011, dan selepas itu dia hanya muncul dalam beberapa program TV yang berkonsep lawak jenaka.”

Untuk rekod, Hasil perkongsian hidup mereka, pelakon filem Jejaka Perasan ini telah dikurniakan lapan orang cahaya mata, malah turut memilik 32 orang cucu serta 14 cicit yang kebanyakannya telah berumah tangga.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...