Sering kali kita mendengar mengenai sikap buruk penghuni rumah flat atau apartment yang terlalu malas untuk turun ke bawah membuang sampah sehingga tergamak membaling bahan buangan milik mereka dari tingkat atas.
Malah, ada laporan yang memaklumkan bahawa terdapat orang awam yang tercedera akibat terkena balingan sampah yang dibuang penghuni tidak bertanggungjawab.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram apabila melihatkan video tersebut dan turut memahami perasaan yang dialami mak cik itu.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila ada jiran kawasan perumahan mereka turut berkelakuan sama seperti yang dialami mak cik tersebut.
“Sekali makcik petir mengamuk hambik kau!” tulis seorang netizen.
“Senasib macam mak saya. Bertekak selalu dengan orang flat atas rumah ni..buang sampah ikut suka..” sahur seorang pengguna media sosial.
Masih ada lagi kan orang yang berperangai macam ni? Harap berubahlah ya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.