Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menerima hadiah daripada penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun.
Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana Ustazah Asma dilihat membantu pengacara itu membetulkan tudung tersebut.
Dalam pada itu, penceramah itu turut memberikan nasihat buat pengacara itu sehingga membuatkannya sebak dan menitiskan air mata.
Artis bila dia berhijrah, dia boleh berhijrah dari gelap ke putih dan boleh jadi inspirasi buat ramai orang.
Minta maaf kita cakap bab aurat. Aurat adalah salah satu kewajiban. Tapi ada orang yang tutup aurat tapi kewajiban lain tak buat. Jadi kita jangan berat sebelah.
Kita kena adil. Dia baik, semua orang baik. Semua orang nak berubah ke arah kebaikan.
@nurulsafrida94Think positif masyallah.. kelembutan itu yang membuat kita tersentuh..🥹🤧🤧♬ original sound – Nurul Safrida
Penceramah itu dilihat memeluk pengacara itu dan mengatakan tudung yang dipakaikan tadi merupakan hadiah buatnya menyebabkan pengacara itu menjadi sebak dan menitiskan air mata.
Ini tudung untuk Kak Lina tau.
Dalam pada itu, Ustazah Asma turut mendoakan agar anak-anak Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom menjadi anak yang soleh dan solehah.
Saya doakan ada anak Kak Lina ada yang hafaz Al-Quran, penyejuk hati Kak Lina.
Saya tau Kak Lina mesti seorang isteri yang sentiasa membahagiakan suami.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyukai cara penceramah itu menyampaikan dakwahnya dan berdoa agar pengacara itu dikurniakan hidayah.