Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana RM185,000 Pada Malam Gala – “Bukan Untuk Bermegah, Tapi..”

Hiburan

Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana RM185,000 Pada Malam Gala – “Bukan Untuk Bermegah, Tapi..”

Usahawan terkenal, Haliza Maysuri, tampil menjelaskan bahawa busana bernilai RM185,000 yang digayakannya pada majlis ulang tahun jenama tudung miliknya bukan bertujuan untuk bermegah atau menunjuk kemewahan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Haliza memaklumkan bahawa busana berona emas tersebut merupakan sebuah karya seni eksklusif yang dihasilkan khas oleh RI Couture.

Advertisement

RM185,000 untuk sebuah karya seni, apa pendapat anda? Saya pakai busana khas rekaan RI Couture, dihiasi dengan kristal Swarovski sempena malam gala ulang tahun ke-27 Bawal Exclusive.

Menurutnya, nilai busana tersebut terletak pada seni, ketelitian serta hasil kerja tangan yang luar biasa, bukannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

Nilai busana ini RM185,000. Bukan untuk bermegah, tetapi untuk menghargai seni, ketelitian dan hasil kerja tangan yang luar biasa.

Haliza turut menjelaskan bahawa pemilihan busana berkenaan selari dengan komitmennya dalam menyokong industri fesyen tempatan serta menghargai kreativiti dan kepakaran pereka.

Tambahnya lagi, sebagai rakan rasmi dan pembekal Swarovski, beliau berasa bangga dapat bekerjasama dengan para pereka fesyen dan menyokong penghasilan karya berkualiti tinggi.

Saya rakan rasmi dan pembekal Swarovski. Saya sangat gembira dapat menyokong para pereka fesyen dan sesiapa sahaja yang mahu menghasilkan karya terbaik mereka.

Terdahulu, majlis gala ulang tahun ke-27 Bawal Exclusive berlangsung dengan penuh gemilang dan turut dihadiri oleh rakan niaga, selebriti serta tokoh industri fesyen tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abam bocey
2025-12-27 13:13:35

Hidayah Buat 'Trend Goodbye' Di Kubur Abam Undang Kecaman Netizen - "Arwah Tetap Jadi Suami Saya Di Syurga"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...