Halau Mangsa Banjir Dari Berteduh, AEON Shah Alam Mohon Maaf

Berita

Halau Mangsa Banjir Dari Berteduh, AEON Shah Alam Mohon Maaf

AEON Co. (M) Bhd. (AEON) hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular kenyataan yang mendakwa pihak mereka telah menghalau mangsa yang terkandas dan berteduh di AEON Shah Alam baru-baru ini.

Syarikat peruncitan itu telah mendapat perhatian apabila ciapan seorang mangsa banjir yang mendakwa mereka telah dihalau oleh pengawal keselamatan dan pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut sehingga memaksa mereka untuk kembali berteduh dalam kenderaan masing-masing.

Advertisement

“Keluarga saya, termasuk nenek adalah antara mangsa. Dan apa yang AEON Shah Alam lakukan? Pihak pengurusan dan pengawal keselamatan telah menghalau keluar orang ke jalan raya sekitar pukul 10 malam ketika hari kejadian.” antara luahan mangsa tersebut.

Malah, ada juga yang terpaksa bermandikan hujan di luar pasaraya berkenaan berikutan kenderaan sudah tenggelam dan tiada tempat untuk dituju.

Setelah dikritik hebat oleh netizen, pihak pengurusan AEON Shah Alam telah mengeluarkan kenyataan maaf dan mengakui terdapat kekurangan daripada pihak mereka dalam menangani situasi tersebut.

AEON permohonan maafSumber : Twitter BFM News 

Kami memohon maaf seikhlas hati di atas segala kekurangan dari pihak kami dalam menangani situasi tersebut. Kami ambil maklum akan kelemahan kami dan kami ambil iktibar serta belajar darinya.

Kami sedar adalah tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi dengan bilangan yang besar dalam keadaan kami yang tidak bersedia, namun begitu, kami akan cuba pertingkat keupayaan kami.

Syarikat tersebut juga tampil memberi penjelasan bahawa kakitangan mereka masih tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman dalam mengendalikan operasi sebegitu namun tetap komiten dalam memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa banjir.

AEON Shah Alam juga dikhabarkan telah menyantuni 570 orang pelanggan yang terkandas disebabkan oleh banjir kilat di sekitar Shah Alam yang bermula sejak 18 Disember 2021 lalu.

RFID PLUS
2 years ago

Pengunaan RFID Sepenuhnya, Adakah TnG dan SmartTAG Akan Dimansuhkan Terus? Ini Jawapan PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...