Halal Ke Tak? Ustaz Azhar Idrus Kongsi Hukum Menang Hadiah Wang Tunai Dalam Pertandingan Memancing

Kehidupan

Halal Ke Tak? Ustaz Azhar Idrus Kongsi Hukum Menang Hadiah Wang Tunai Dalam Pertandingan Memancing

Aktiviti memancing merupakan salah satu hobi yang cukup digemari oleh masyarakat, terutamanya dalam kalangan kaum lelaki.

Ia bukan sahaja memberikan ketenangan dan ruang untuk melarikan diri dari kesibukan harian, malah turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan sesama rakan atau ahli keluarga.

Advertisement
lelaki memancing

gambar hiasan

Malah, aktiviti ini juga boleh mendatangkan habuan lumayan buat mereka setiap kali menyertai mana-mana pertandingan.

Walau bagaimanapun, apakah hukum jika seseorang itu memenangi hadiah wang tunai hasil pertandingan memancing yang disertai mereka itu?

Hukum boleh dibahagikan kepada dua

Menurut pendakwah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus, hukum memenangi hadiah wang tunai ketika menyertai pertandingan memancing boleh dibahagikan kepada dua.

Okay baik saya beri contoh, seorang pemancing masuk pertandingan dan perlu membayar wang pendaftaran RM50 dan kalau 1000 orang yang sertai jumlahnya dah jadi RM50,000.

 

Dan kalaulah daripada RM50,000 itu diambil sebanyak RM20,000 untuk dijadikan sebagai hadiah utama maka itu adalah judi namanya.

 

Kerana yang menang itu akan menang hadiah utama hasil daripada RM50 yang dibayar manakala pemancing lain yang tidak bernasib baik pula akan ‘hilang’ Rm50 mereka yang dijadikan sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan.

@izyani0715 Episod 67 | Duit hasil menang pertandingan memancing #memancing #pertandingan #hukum #dalam #islam ♬ original sound – Izyani racun tiktok – Nurul Izyani

Jelas Ustaz Azhar lagi, hadiah wang tunai itu tidak akan dikira sebagai judi dan halal sekiranya wang pendaftaran itu tidak digunakan pihak penganjur sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan.

Tetapi ia tidak akan menjadi judi kalau yuran yang dibayar mereka itu tadi penganjur jadikan untuk membayar sewa tapak ke, buat baju ke atau upah pekerja mereka yang melakukan kerja.

 

Selain itu, ia tidak menjadi judi kalau hadiah utama pertandingan itu disediakan oleh pihak ketiga.

Sebelum ini, tular mengenai seorang remaja yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 selepas dinobatkan sebagai juara bagi sebuah pertandingan memancing.

Namun, ada segelintir netizen yang mempertikai mengenai sumber hadiah kemenangan itu.

Dari Hobi Jadi Rezeki, Remaja Menang RM200,000 Lepas 'Join' Pertandingan Memancing
1 day ago

Dari Hobi Jadi Rezeki, Remaja Menang RM200,000 Lepas 'Join' Pertandingan Memancing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...