“Hal Jantina, Kami Tak Nak Bagitahu Lagi, Nak Buat Kejutan” – Harris Alif

Hiburan

“Hal Jantina, Kami Tak Nak Bagitahu Lagi, Nak Buat Kejutan” – Harris Alif

Pelakon dan penyanyi, Harris Alif dan isterinya, Intan Ladyana yang bakal menimang cahaya mata sulung sepakat membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina kandungan yang kini memasuki usia 7 bulan.

Harris atau nama lengkapnya Nor Harris Alif bin Nor Rashidi berkata, bukanlah mahu berahsia namun mengaku mahu memberi kejutan buat semua terutama keluarga masing-masing yang juga sedang teruja untuk mengetahui perkara tersebut.

Advertisement

Menurut Harris, 23, dia dan Intan mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak berhubung kehamilan ini.

Buat masa ini, ya, Intan sedang sarat mengandung. Tetapi tentang hal jantina, kami sepakat tak nak beritahu lagi.

Dalam pada itu, Harris juga berterima kasih kepada peminat dan rakan-rakan artis yang mendoakan kesihatan mereka sebelum ini yang dijangkitan wabak Covid-19.

Intan dijangka akan bersalin pada hujung Februari ini. Dia pun sudah sarat, jadi lepas ini saya pun tak galakkan dia sibuk dengan kerjaya.

Harris turut memaklumkan bahawa keluarga mereka juga masih belum mengetahui tentang jantina anak sulung mereka itu  dan mereka memang berniat untuk membuat kejutan untuk semua.

Intan Harris
2 years ago

"Saya Dan Intan Dalam Keadaan Yang Baik" - Harris Alif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...