“Hal Ini Privasi, Biar Saya, Isteri & Anak-Anak Sahaja Yang Tahu” – Zaquan Adha

Trending

“Hal Ini Privasi, Biar Saya, Isteri & Anak-Anak Sahaja Yang Tahu” – Zaquan Adha

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi dan memohon doa orang ramai susulan pemergian anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees semalam.

Zaquan juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan sokongan kepada mereka dalam menghadapi saat sukar ini.

Advertisement

Mengakui masih berasa terkejut dengan berita kehilangan anak bongsunya itu, Zaquan memohon ruang untuk mereka sekeluarga bertenang.

Biarlah benda ini privasi untuk keluarga saya, biar hanya saya, isteri dan anak-anak sahaja tau apa yang jadi. Saya hanya bersyukur mungkin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Dan saya mungkin tidak akan kongsikan keapda semua. Kami masih dalam keadaan terkejut kerana baby dalam keadaan sihat dan baik. Kami memang sangat terkejut jadi kami minta untuk beri ruang kepada kami sekeluarga.

Terdahulu, bekas pemain bola sepak kebangsaan itu ada memuat naik satu hantaran di Instagram di mana dia memaklumkan bahawa anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees telah meninggal dunia.

Kakak ipar Zaquan, pelakon Rozita Che Wan turut memberitahu anak buahnya itu tidak sedarkan diri sebelum Ayu menghubungi talian kecemasan untuk dibawa ke hospital.

Jenazah telah menjalani proses bedah siasat sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk dikebumikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff syukri nak saman iman troye
2 hours ago

"Dato' 'Call' Peguam Dato', Saya 'Call' Peguam Saya" - Iman Troye Bergaduh Dengan Aliff Syukri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...