“Hal Agama Dan Isu Peribadi Sebab Tak Umum Dah Kahwin, Tak Payah Tanya Lagi” – Sharifah Sakinah

Hiburan

“Hal Agama Dan Isu Peribadi Sebab Tak Umum Dah Kahwin, Tak Payah Tanya Lagi” – Sharifah Sakinah

Akhirnya terjawab berkenaan tentang status hubungan pelakon Sharifah Sakinah dan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen, rupa-rupanya mereka sudah sah bergelar suami isteri.

Kata Sakinah atau nama sebenarnya ialah Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, beliau tidak memaklumkan tentang perkahwinan ini atas beberapa faktor peribadi.

Advertisement

Ya kami sudah berkahwin. Mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan, ia kerana isu peribadi dan hal agama.

Bagaimanapun, adik kepada pelakon serta penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini tidak memberitahu secara terperinci tentang tarikh perkahwinan dia bersama jejaka Sweden terbabit.

Meninjau di ruangan komen hantarannya di Instagram itu, rata-rata netizen serta rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Terdahulu, pada 5 Mac 2021, portal hiburan mengumumkan Sakinah sudah bertunang dengan teman lelakinya yang sudah dikenali sejak tahun 2020, malah wanita itu turut memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Mei tahun berkenaan ketika tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael.

4 years ago

Sharifah Sakinah Dah Bertunang, Rancang Nikah Serba Ringkas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...