Hak Sebagai Bapa Dinafikan, AR Badul Persoal Ke Mana Bahagian Peninggalan Harta Arwah Anak Untuk Dirinya

Hiburan

Hak Sebagai Bapa Dinafikan, AR Badul Persoal Ke Mana Bahagian Peninggalan Harta Arwah Anak Untuk Dirinya

Rasa terkilan kerana haknya sebagai bapa telah dinafikan oleh ahli keluarga sendiri, AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie,71, mengakui dirinya bertambah kecewa apabila hubungan renggang yang telah terjadi antara dia dan arwah anaknya dijadikan sebagai alasan utama dalam penafian hak.

Menurut AR Badul, dia tidak menerima apa-apa pampasan daripada peninggalan harta anak lelakinya itu dan juga daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sendiri. Malah, dia turut dinafikan hak oleh pihak insurans milik anaknya.

Advertisement

“Apabila terjadi perkara begini (kematian anak), pihak bekas isteri mengatakan saya tidak ambil tahu tentang anak. Tapi saya bapa dia.. pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah, insurans pun kata saya tak layak.”

Dia yang ditemui media tampil mengulas mengenai isu peninggalah harta arwah anaknya, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi di Kem Kok Lawi, Sabah pada September 2019 yang lalu.

Meskipun ada mulut-mulut yang mengatakan dia seolah-olah ingin membolot harta peninggalan arwah Mohd Zahir , AR Badul berkata dia hanya ingin mendapatkan hak sebagai bapa kepada anaknya itu.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil..kena ingat saya ni bapa dia. Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan anak menjadi manusia..kata dialah..”

Mengakui hubungannya dengan arwah tidak begitu rapat sejak berpisah dengan bekas isteri sehinggakan tidak dianggap sebagai ayah oleh anak-anak sendiri, AR Badul hanya menginginkan yang terbaik untuk mereka semua.

Sekadar info, Mejar Mohd. Zahir merupakan pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas dilaporkan telah meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber : mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...