Hak Saya Untuk Seksi – Siti Fazurina

Hiburan

Hak Saya Untuk Seksi – Siti Fazurina

Pelik juga Abang Nara sebenarnya dengan Siti Fazurina ini. Bukan apa, semasa majlis pernikahannya dengan Mohamad Hykal Zulkifli, Fazurina nampak berseri bertudung litup. Tup-tup di majlis persandinganya, Fazurina mengenakan pakaian pengantin yang agak seksi dan menampakkan rambutnya.

fazurina

Advertisement

Bercakap kepada portal GUA untuk menerangkan hal ini, Fazurina berkata yang dia memang sudah lama merancang untuk memakai turban di hari persandingannya. Kata Fazurina:-

Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi. Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang.

fazurina

Menjelaskan lagi, Fazurina berkata yang dia melakukan apa yang dia sukai dan tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling.

Walau bagaimanapun, jika orang rasa saya salah, saya minta maaf. Namun, saya sendiri suka benda itu, jadi sebab itu saya buat. Apa yang penting, apa saja saya rasa suka dan buat saya rasa puas, saya akan buat. Saya tak ambil peduli dengan apa yang orang akan cakap. Saya buat tak tahu saja dan bagi saya, lebih baik kita jaga diri masing-masing.

fazurina

Bagi Fazurina, biarlah Allah sahaja yang menilai dirinya dan bukannya manusia. Fazurina berkata yang hak untuk tampil seksi adalah hak buat dirinya. Kata Fazurina:-

Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya

Hmmmmmm…. Jangan lepas ini hilang tudung sepenuhnya sudahlah.Benda dah lepas, jadikan pengajaran. Semoga perkahwinan Fazurina akan kekal abadi di bawah bimbingan suaminya. Sama-samalah kita doakan. Info asal portal GUA.

P.S: Patung figura Superman yang awesome.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...