Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

Hiburan

Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

Terkini, pelakon Fattah Amin dikhabarkan bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anaknya, Nur Fatima Aisya kepada bekas isteri, Nur Fazura.

Ditemui media, peguam mewakili Fattah, Puan Syamimi Ab Rahman berkata keputusan itu dibuat setelah kedua-duanya bersetuju dengan terma yang ditetapkan.

Advertisement

Untuk tuntutan hadanah, kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung. Untuk hak lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian.

Untuk bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatimah pada hari Jumaat dan pulangkan semula pada hari Ahad.

Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatimah. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatath sebanyak tiga kali seminggu.

Sementara itu, Fazura yang ditemui usai prosiding meluahkan rasa syukur kerana segalanya sudah selesai dan mencapai kata sepakat namun Fattah dilihat enggan ditemu bual pengamal media.

@ohbulanofficial

Fattah Amin bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin. #ohbulan #fyp #news #fazura #dapat #hak #jagaan #fatima #fattahamin

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Alhamdulillah, saya tak ada apa-apa mahu diulas. Saya serahkan semua pada peguam saya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu setelah lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Mereka berdua bernikah pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

melodi lagu bertahan demi cinta dan surga yang kurindukan sama
1 month ago

"Dah Lama Perasan Tapi Bila Cakap Kena Kecam" - Netizen Dakwa Melodi 'Bertahan Demi Cinta' Seakan OST 'Surga Yang Tak Dirindukan 2'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...