Penyanyi Kaka Azraff meluahkan rasa gembira apabila berpeluang membuat persembahan nyanyian di atas satu pentas dengan ibu saudaranya yang juga merupakan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.
Kaka telah digandingkan bersama Ella buat pertama kali ketika membuat persembahan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) yang bersiaran langsung di saluran TV3 pada Sabtu lepas.
Kecik-kecik dulu selalu berangan ‘Nak nyanyi dengan Uteh (Ella) satu pentas.
Perkara tersebut dikongsikan Kaka menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.
Kaka turut mendedahkan bahawa ia sememangnya merupakan satu impian besar bagi dirinya untuk membuat persembahan nyanyian satu pentas dengan Ella.
Dalam pada itu, Kaka juga berharap agar dirinya berpeluang untuk melakukan persembahan bersama Ella di sebuah konsert berskala besar pada masa akan datang.
Kaka atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff juga mengatakan yang tidak salah jika dia mahu berangan kerana mana tahu suatu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan.
Sekadar info, Kaka dan Ella telah menyanyikan dua buah lagu berjudul Nuri dan Kesal yang pernah dipopularkan oleh Ratu Rock Malaysia itu ketika persembahan di Anugerah Bintang Popular ke-34 tersebut.