Baru-baru ini, melalui platform TikTok, personaliti media sosial iaitu Hajar Hanif menyatakan pendapat bahawa lelaki yang bersikap curang dalam perkahwinan kerana tiada usaha lebih dalam hubungan yang dibina bersama.
Berang kes curang makin berleluasa
Hajar atau nama sebenarnya, Siti Hajar Mohd Hanif berasa berang dengan isu curang yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Katanya, lelaki yang mencari perempuan lain untuk berlaku curang kerana bosan dengan perkahwinan yang dibina bersama isteri tiada pembaharuan.
Kalau kau kahwin dengan sesiapa sekali pun, tapi kau tak reti nak hargai dan sentiasa rasa bosan, benda ini akan terus berulang.
Lelaki punca perkahwinan jadi bosan
Dalam pada itu, dia turut merasakan kaum lelaki yang membuatkan sesebuah perkahwinan itu menjadi bosan kerana tiada usaha untuk pertahankan masjid yang dibina.
Kau yang buat rumahtangga kau bosan. Takda plan date, takda usaha bagi ada spark balik rumah tangga, takde borak gurau senda, depan-depan senyap, takde suprise itu ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya dikalangan wanita bersetuju dengan pendapat Hajar, selain berharap agar kaum lelaki lebih menghargai isteri yang sudah banyak berkorban demi perkahwinan yang dibina bersama.