Haiza Anggap Seorang Pengacara Perlu Selalu Tambah Ilmu Agar Tak Dilabel ‘Sampah’

Hiburan

Haiza Anggap Seorang Pengacara Perlu Selalu Tambah Ilmu Agar Tak Dilabel ‘Sampah’

Penyanyi dan pengacara, Haiza Hanafi berpandangan bahawa seorang pengacara itu perlu sentiasa berkeinginan untuk menambah ilmu agar dapat memperbaiki penyampaian mereka dari semasa ke semasa.

DJ LIN
3 years ago

Diangkat Sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai, DJ Lin Terima Anugerah Lagi

Advertisement

Menurut Haiza, masyarakat akan sentiasa menilai dan disebabkan itu seorang pengacara perlu melakukan sesuatu agar tidak dilabel sebagai pengacara ‘sampah’.

Orang melabel pengacara sebagai sampah mungkin berdasarkan penyampaian mereka yang tidak berilmu. Sampai bila nak digelar sampah?

Haiza turut memberitahu yang seorang pengacara perlu sentiasa menambah baik, gali dan korek sebanyak ilmu yang perlu agar masyarakat melihat bahawa mereka tidak ditakuk lama dan sentiasa maju ke hadapan.

Bagaimanapun, Haiza memaklumkan yang bukan semua pelawak yang terjun ke bidang pengacaraan itu tidak bagus kerana ada saja yang mampu menjadi seorang pengacara yang lebih baik dan dihormati.

Contoh seperti Nabil Ahmad. Saya nampak kehebatannya. Dahulu mungkin dia bukan sesiapa, tapi lihatlah dia sekarang.

Tambah Haiza, Nabil adalah seorang yang rajin belajar walaupun tidak dinafikan ada juga penyampaiannya yang mungkin merepek, namun manusia tidak sempurna dan pasti ada ketika berbuat silap serta.

Haiza Hanafi

Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin turut menambah yang seseorang itu tidak akan mampu untuk puaskan hati semua orang tetapi mereka akan menjadi lebih baik dengan ilmu dan keinginan untuk memperbaiki diri.

Ujar Haiza lagi, dia tidak menolak yang gurauan-gurauan yang menyentuh sensitiviti itu sebaliknya dielakkan dalam penyampaian seorang pengacara dan perlu berhati-hati supaya tidak bergurau kasar yang boleh undang rasa tidak senang penonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...