December 15th, 2015

Haiza antara peserta yang sering menampilkan persembahan konsisten hampir setiap minggu dan merupakan “favourite” penonton Gegar Vaganza 2.

Namun ketika pentas akhir Gegar Vaganza 2 berlangsung minggu lepas Haiza seakan hilang arah dan kurang menyerlah. Ada yang mengatakan pemilihan lagu Puisi Cinta adalah punca beliau mendapat tempat terakhir.

Walaubagaimanapun, Haiza menerusi portal mStar Online berkata beliau tidak mahu menyalahkan pemilihan lagu tetapi menganggap  kegagalan beliau memberikan persembahan yang baik adalah kesilapan dirinya sendiri.

Pada saya lagu itu tidak salah sehingga menjadi penyebab persembahan saya gagal menyerlah tetapi kekurangan itu datang daripada diri sendiri. Jujur saya marah dengan diri sendiri tetapi saya sudah memberikan persembahan terbaik dan sudah tertulis rezeki saya di tempat terakhir.

Tambah Haiza, beliau sejujurnya cukup teruja menyanyikan lagu tersebut memandangkan vokalis kumpulan Illusi itu sendiri iaitu Ayai banyak memberikan beliau sokongan sejak pertandingan itu bermula.

Lagu berkenaan seperti penutup kepada semua kisah saya di Gegar Vaganza yang membawa banyak erti kepada saya dan ia juga tanda terima kasih kepada Abang Ayai yang sentiasa menyokong saya sejak minggu pertama pertandingan.

Meskipun mendapat tempat tercorot, karier nyanyian Haiza semakin berkembang dan beberapa pihak sudah mula nampak bakat beliau yang sebenar. Menurut Haiza, rezeki beliau semakin murah dan jadual undangan nyanyiannya penuh sehingga penghujung Mac tahun hadapan.

Tidak kisah jika Haiza dapat tempat pertama mahupun yang terakhir, apa yang penting semua orang tahu beliau mempunyai bakat yang cukup besar. Rezeki Allah SWT itu luas.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...