Haiwan Perosak & Kotor! Ini 5 Tips Untuk Halau Lipas Dari ‘Membiak’ Dalam Kereta

Kehidupan

Haiwan Perosak & Kotor! Ini 5 Tips Untuk Halau Lipas Dari ‘Membiak’ Dalam Kereta

Sedia maklum, lipas dikenali sebagai binatang perosak, di mana ia menggemari tempat yang kotor, gelap serta memakan sisa makanan.

Lipas bukan saja ‘tinggal’ di rumah, bahkan di dalam kereta juga sering kali kita dapat lihat binatang ini berkeliaran kan? Kalau dibiarkan, lipas tersebut boleh membiak hingga membuatkan kereta menjadi kotor serta berbau.

Advertisement

Susulan itu, ini merupakan tips-tips yang boleh dibuat oleh pemilik kereta jika mahu memastikan kereta korang kekal bersih dan bebas daripada lipas membiak.

1. Sabun buku

sabun buku

Apa yang korang kena buat adalah meletakkan sabun mandi buku di kawasan kegemaran lipas suka ‘menyorok’ seperti di bawah kerusi, bonet atau tempat letak kaki.

Bau wangi yang keluar daripada sabun buku tersebut akan menghindarkan lipas dari membiak di dalam kereta.

2. Serai atau air serai wangi

serai

Senang je, korang letak beberapa batang serai atau sembur air serai wangi di dalam kereta (terutama kawasan lipas sering membiak). Ia kerana lipas tidak gemar dengan bau yang harum atau menyengat, jadi bau serai yang kuat mampu ‘menghalau’ lipas-lipas tersebut.

3. Rempah empat sekawan

rempah empat sekawan

Selalu kita guna untuk memasakkan? Kali ini rempah empat sekawan seperti buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis ini boleh diikat di dalam plastik kecil, lalu letak di beberapa sudut dalam kereta.

Sama seperti serai, bau rempah empat sekawan yang kuat ini membuatkan lipas enggan ‘menginap’ dalam kereta korang.

4. Semburkan jus lemon

jus lemon

Bukan saja semburan air lemon ini boleh mewangikan kereta korang, malah ia boleh digunakan untuk menyembur di beberapa kawasan yang korang syak merupakan tempat persembunyian lipas ‘degil’ itu.

5. Rajin basuh kereta

cuci kereta

Tips paling mudah, rajin-rajinkan lah diri untuk membasuh kereta agar keadaan kereta sentiasa bersih kerana lipas tidak menyukai tempat yang bersih.

Tidak semestinya perlu hantar kereta ke kedai untuk dicuci, korang bersihkan sendiri di rumah pun sudah memandai tau.

1 month ago

Nak Beli Tiket Penerbangan? Ini 7 Tips Penting Yang Perlu Diikuti Untuk Beli Tiket Penerbangan Dengan Harga Murah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...