Hairul Azreen Terima Teguran Netizen Dengan Hati Terbuka

Hiburan

Hairul Azreen Terima Teguran Netizen Dengan Hati Terbuka

Sebelum ini, pelakon Hairul Azreen menerima teguran dan kritikan daripada netizen gara-gara beliau memuat naik foto ketika beliau melambung anaknya Yusuf Iskandar yang baru sahaja berusia empat bulan.

Mereka memberitahu tidak baik untuk melambung bayi kerana ia akan menyebabkan kecederaan serius jika terjatuh dan boleh terkena sawan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Hairul sedikit pun tidak terasa hati dengan komen-komen yang diberikan kerana ia membuktikan peminat mengambil berat dan menyayangi anaknya.

Saya tak marah pun dengan komen yang ditulis, malah berterima kasih dengan mereka kerana menegur dan mengingatkan saya.

Apa pun, ingin dijelaskan gambar itu diambil dari video yang saya rakam. Pada masa sama rakaman itu dibuat dari sudut bawah, jadi ia kelihatan Yusuf seperti dilambung tinggi. Saya memahami perasaan mereka yang bimbang melihat gambar itu.

Hairul menjelaskan beliau tidak pernah berniat untuk menyakiti Yusuf seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak.

Menurut Hairul, meskipun beliau baru sahaja bergelar bapa, beliau sebenarnya sebelum ini sudah mempunyai pengalaman menjaga 15 orang anak saudara.

Memang saya pertama kali mendapat anak, tetapi ini bukan pengalaman pertama menjaga anak. Kalau nak tahu saya pernah menjaga 15 anak saudara. Setiap daripada mereka saya pernah melakukan perkara sama seperti Yusuf.

Memang banyak yang menegur dengan memaklumkan ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak itu. Namun, disebabkan perasaan ingin tahu saya bertanya kenapa ia tak boleh dilakukan. Dari situ saya membuat kajian dan pembacaan sendiri.

Betul kata Hairul, selagi peminat tegur ia bermakna mereka masih ambil peduli dan sayangkan Yusuf Iskandar. Bukan semua komen itu bersifat negatif bukan? Biasalah tu, daripada kesilapan kita akan belajar sesuatu yang baharu dan kita akan tahu setiap alasan mengapa perkara itu tidak harus dilakukan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...