Sejak mendirikan rumah tangga bersama Hanis Zalikha dan dikurniakan seorang anak lelaki comel, Yusuf Iskandar, rezeki pelakon Hairul Azreen semakin bertambah.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang suka melihat kebahagiaan serta kemewahan yang dipamerkan menerusi akaun Instagram. Timbul pula dakwaan Hairul menumpang populariti Hanis dan Yusof.
Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha. Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.
Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi.
Hairul akui, pengetahuan serta pengalaman Hanis yang mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan sedikit sebanyak membantu mereka mengukuhkan lagi perniagaan yang dijalankan bersama.
Pedulikan apa yang orang kata apa yang penting usaha keras dahulu akhirnya berbaloi dan buktinya Hairul sudah berjaya sekarang.