Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Secara Langsung Di Gegarvaganza Malam Tadi

Tidak disangka-sangka sungguh apabila pelakon Hairul Azreen telah membuat kejutan dalam program finale Gegarvaganza yang disiarkan secara langsung malam tadi dengan melamar pelakon Hanis Zallikha. Bukan apa, sebab sebelum ini, ketika ditanya Hairul tidak mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan Hanis, tup tup mahu melamar untuk dijadikan isteri pula. Haruslah surprise, bukan?

Finale Gegarvaganza telah disiarkan melalui Astro Ria malam tadi. Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum Hanis dijemput pengacara Nabil Ahmad dan Jehan Muse naik ke pentas.

Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

Advertisement

Sebelum datang ke sini, saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk memdapat restu mereka.

Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?.

Hanis yang kelihatan terpempan dengan lamaran itu ditanya sekali lagi, dan kemudiannya mengangguk bersetuju dengan lamaran tersebut.
 photo melamar.jpg

Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah.

Wah, tak lama lagi nak makan nasi minyak lah ni kalau takde aral. Semoga urusan dipermudahkan selepas ini dan semoga anda berdua berbahagia setelah mengambil keputusan untuk hidup bersama. Amin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top