Hanis yang cukup cantik mengenakan busana merah jambu merasa syukur kerana semua rancangan berjalan dengan lancar termasuklah perbincangan dalam mengadakan majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada 5 Jun depan. Buat masa ini, hanya lokasi majlis akad nikah sahaja yang belum diputuskan.
Alhamdulillah lewat petang semalam saya selamat bertunang dengan Hairul dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga di kediaman ibu bapa di Bukit Jelutong (Shah Alam).
Hairul menghantar rombongan untuk mewakilkannya. Kami tetapkan 5 Jun depan untuk nikah tapi lokasi tak pasti lagi sama ada di masjid atau rumah ibu bapa di sini.
Selesai satu fasa mengikut adat, sekarang teruja terus-menerus ke persiapan kahwin. Insya-Allah doakan semuanya berjalan seperti dirancang.
Majlis resepi pasangan ini pula akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 14 Jun 2015.
Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sudah berkenalan sejak tahun 2004 tetapi mula rapat setahun yang lalu. Hairul sebelum ini telah melamar kekasihnya itu dengan cara yang cukup mengejutkan secara langsung di pentas akhir konsert Gegar Vaganza.
Kalau sudah jodoh tidak kemana, walaupun pada mulanya ramai yang mengkritik tindakan Hairul yang secara mengejut melamar Hanis dan tidak menunjukkan budaya Timur, tetapi kini mereka bakal bersatu juga dan mengikat hubungan tersebut mengikut adat. Doakan yang baik-baik sahaja.