Kalau sebelum ini ada selebriti yang memberitahu kerana lapar selepas balik dari penggambaran pada waktu malam, dia mengejutkan isterinya untuk menyediakannya makanan panas. Isterinya walaupun mengantuk bangun mendapatkan makanan panas untuknya. Ada yang menganggap ia sesuatu yang manis kerana isteri yang sayangkan suaminya pastu akan cuba menyediakan makanan bila suami lapar, namun ada juga yang mengkritik selebriti tersebut dan menuduhnya menganggap isteri sebagai ‘hamba’ dan dia patut masak sendiri.

Terbaru, Hairul Azreen memuat naik video dirinya menggoreng nugget ayam.
View this post on Instagram
Ini sebab kenapa budak gym bila diet, makanan semua tak nak ada minyak, baru saya faham ?
Ini disusuli komen isterinya Hanis Zalikha yang bertanya mengapa Hairul tidak kejutkan dia untuk memasak buat Hairul.

Ia dijawab oleh Hanis:

Ramai yang merasakan ia sesuatu yang sweet dan memuji Hairul kerana enggan menyusahkan isterinya.
Hairul masak sendiri walaupun dia mengelak elak minyak panas sebab taknak kejut wife dia hanis yang tengah tidur. This kind of husband is awesome pic.twitter.com/pG349UcwxZ
— muhammad aidil (@Aidil_aznan) May 22, 2019
Namun begitu, ada yang mempersoalkan siapa sebenarnya mengambil video tersebut:
So siapa amik gambar? @bujibu_chempel?
— ????? (@Syabil95) May 23, 2019
Ada yang hairan mengapa Hanis meninggalkan komen di Instagram sedangkan mereka tinggal bersama.
kelako goreng nugget pun nak tangkap gambar and hanis tanya kat comment as if they dont live together ea hshshhs https://t.co/a2TvYUjL5k
— badeya (@fkadeya) May 23, 2019
Tak dorang ni tak communicate ke kat rumah? Bangun2 scroll ig dulu pastu komen? Relationship goal?
— Rude Paul ???? (@nadilahzahidah) May 23, 2019
Dan ada juga yang merasakan ia tidak perlu dipuja-puja kerana Hairul sekadar menggoreng nugget.
Goreng nugget je setan!!!! https://t.co/py9VdhggRp
— ajibtoo™ (@ajibtoo) May 23, 2019
Apapun, apabila sesuatu dimuat naik ke media sosial dan dipaparkan kepada umum, kenalah bersedia dengan reaksi Netizen, yang positif mahupun negatif. Memang kelakar reaksi Netizen, tak gitu? – beautifulnara.com