Sejak dua menjak ini, macam-macam hal yang berlaku semasa majlis graduasi atau konvokesyen di universiti. Sebelum ini kecoh apabila graduan dari Universiti Malaya membuat protes di atas pentas semasa majlis konvokesyen.
Baca: “Turunkan VC!”, Sikap Biadap Graduan Universiti Malaya Ini Dikecam Netizen
Sekarang ini kecoh apabila seorang lagi graduan turut melakukan protesnya di atas pentas konvokesyen. Graduan ini membuat gaya ‘Hail Hitler’ kononnya sebagai tanda sokongan kepada Palestin.
“Aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust.”

Maka itu, aku bersolidarati untuk Gaza dek kerana marah, benci dan dendam yang aku pendam pada Yahudi. Maka aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust.
Hail Hitler

“Takkan dia hanya membuta tuli ikut sign tu tanpa tahu sejarah”
samaada dia tahu pasal holocaust dan hitler dan hanya gunakan sign tu untuk simbolik untuk solidariti bersama gaza
ataupun dia hanya membuta tuli ikut sign tanpa tau sejarah holocaust, hitler, nazi.
— Iqbal (@iqbalmzln) November 25, 2019
“Hitler tu ada kaitan dengan pembentukan Israel kot.”
Well the truth is, hitler may help the creation of israel. Because of the cruelness of nazi towards jewish. The world think, that jew needs a state to protect themselves. Hence, they divide palestine and give half to jew. To thanks hitler is a dumbest thing. Stupid kid.
— soley ley soley soley (@Amat_matama) November 25, 2019
Holokus sendiri antara pendorong terbentuknya Israel: bila orang Yahudi asimilasi di Eropah pun tidak dapat menyelamatkan diri daripada ditindas, mereka dah fikir lebih baik ada negara didirikan bangsa sendiri tempat lain…
— Yamin Lawut | ???? ???? ?? (@YaminLawut) November 26, 2019
Ramai yang rasakan graduan ini tidak mengenali sepenuhnya sejarah Hitler kerana apa yang dilakukan bertentangan dengan apa yang disokong. Tapi yang pentingnya, protes atau demonstrasi di atas pentas konvokesyen seharusnya dihentikan.