Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hafreez Adam, Zara Zya Putus Selepas Sebulan Bertunang

zara zya hafreez adam putus tunang

Ramai yang mengetahui mengenai kisah percintaan antara pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya. Boleh dikatakan mereka ini pasangan ideal dan kelihatan cukup ‘sweet’ bersama.

hafreez adam zara zya putus tunang

Advertisement

Baru sahaja mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober lalu, Hafreez sebelum ini mengakui hubungan mereka sedang dilanda ujian.

Terbaru, status hubungan pasangan ini akhirnya terjawab apabila Hafreez mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara Zya sudah berakhir sejak November lalu. Bagaimanapun, Hafreez menjelaskan hubungan mereka terputus bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga.

hafreez adam zara zya putus tunang

Advertisement

Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini. Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.

Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami.

hafreez adam zara zya putus tunangDalam pada itu, Hafreez berkata buat masa ini mereka tidak mahu digandingkan bersama dalam mana-mana drama. Masing-masing memerlukan masa dan ruang untuk merawat kelukaan hati dan melawan apa sahaja perasaan berkaitan apa yang berlaku.

Tambah Hafreez lagi, dia  mendoakan yang terbaik buat Zara Zya. Pada masa yang sama, dia berharap agar para peminat memahami situasi mereka sekarang dan berhenti membuat sebarang spekulasi mahupun pertikaian. Teruskan menyokong kerjaya mereka dalam industri seni.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. tecit

    December 17, 2019 at 11:26 am

    xtahulah knp bile tgk pasangan ni mmg rase mcm something wrong. mcm tgk bieber dgn selena gomez. semoga awak jumpe “hailey” awak hafreez.

  2. Anonymous

    December 17, 2019 at 8:41 am

    nak tunang pandai lak datang jumpa face 2 face berbincang ikut adat
    nak putus ikut WhatsApp..

    lain kali nak tunang ikut WhatsApp kan senang..

  3. kakikucinghitam

    December 16, 2019 at 12:08 pm

    kesian mmg kesian.. next time tunang biase2 je lg manis.. xyah grand2 mcm nikah…

  4. damai

    December 16, 2019 at 9:48 am

    lebih baik putus tunang daripada baru kahwin nanti bercerai berai kerana x sehaluan dan kefahaman antara satu sama lain. Mmg pertunangan mmg banyak dugaan lagi2 kalau kita niat nak nikah secepat mungkin. semoga ke2nya mendapat pengganti yg lebih baik, aamiin

Loading...
To Top