Hafreez Adam, Zara Zya Putus Selepas Sebulan Bertunang

Hiburan

Hafreez Adam, Zara Zya Putus Selepas Sebulan Bertunang

Ramai yang mengetahui mengenai kisah percintaan antara pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya. Boleh dikatakan mereka ini pasangan ideal dan kelihatan cukup ‘sweet’ bersama.

hafreez adam zara zya putus tunang

Advertisement

Baru sahaja mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober lalu, Hafreez sebelum ini mengakui hubungan mereka sedang dilanda ujian.

Terbaru, status hubungan pasangan ini akhirnya terjawab apabila Hafreez mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara Zya sudah berakhir sejak November lalu. Bagaimanapun, Hafreez menjelaskan hubungan mereka terputus bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga.

hafreez adam zara zya putus tunang

Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini. Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.

Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami.

hafreez adam zara zya putus tunangDalam pada itu, Hafreez berkata buat masa ini mereka tidak mahu digandingkan bersama dalam mana-mana drama. Masing-masing memerlukan masa dan ruang untuk merawat kelukaan hati dan melawan apa sahaja perasaan berkaitan apa yang berlaku.

Tambah Hafreez lagi, dia  mendoakan yang terbaik buat Zara Zya. Pada masa yang sama, dia berharap agar para peminat memahami situasi mereka sekarang dan berhenti membuat sebarang spekulasi mahupun pertikaian. Teruskan menyokong kerjaya mereka dalam industri seni.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...