Hafreez Adam Dedah Makanan Laut Punca Mukanya Berjerawat Teruk

Hiburan

Hafreez Adam Dedah Makanan Laut Punca Mukanya Berjerawat Teruk

Hafreez Adam yang baru sahaja dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian mengakui bukan senang untuk beliau mengecapi populariti seperti sekarang. Hafreez sering di cemuh kerana mempunyai wajah dipenuhi jerawat batu yang teruk sehingga beliau tiada keyakinan diri untuk keluar daripada rumah.

Advertisement

Ketika berumur 18 tahun muka saya sangat teruk kerana mempunyai banyak jerawat  menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan berasa malu. Saya juga jarang keluar bersama rakan-rakan.

Sewaktu beliau mendapatkan rawatan bagi masalahnya itu, doktor telah memberitahu salah satu faktor wajah beliau ditumbui jerawat dengan banyak adalah kerana memakan makanan laut. Tidak mahu perkara tersebut melarat, Hafreez telah tekad untuk tidak lagi menikmati makan laut selama lima tahun sehingga mendapatkan wajah licin tanpa cela seperti sekarang.

Sejak menerima nasihat yang diberikan oleh doktor saya tidak lagi memakan makanan laut selama lima tahun dan semenjak itu, jerawat di muka saya semakin berkurangan walaupun tidak hilang seratus peratus.

Tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu, usaha dan sokongan keluarga itu penting untuk terus memberikan semangat dalam setiap peringkat perubahan.

Semua perubahan ini berlaku secara berperingkat dan ia mengambil masa yang lama untuk saya mengurangkan jerawat pada muka dengan mencuba pelbagai produk yang terdapat di pasaran.

Keluarga juga banyak membantu serta mengubah imej saya dari segi pakaian, penjagaan muka serta potongan rambut yang sesuai untuk meningkatkan semula keyakinan diri saya berhadapan orang ramai.

Bukan menagih perhatian daripada siapa-siapa, tujuan sebenar Hafreez meluahkan perasaan beliau adalah untuk memberi motivasi dan keyakinan diri kepada orang ramai agar senantiasa yakin pada diri sendiri dan selalu berfikiran positif.

Orang boleh menghina kita tetapi mereka tidak tahu siapa diri kita yang sebenar. Kita tidak dapat elak daripada sesetengah individu yang akan mencari kesalah atau keburukan kita setiap masa. Yakin pada diri anda, hanya anda yang mampu mengubah persepsi mereka.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...